Monday, March 16, 2015

Diari keropok keping ku......


6hb Mac 2015 ( Jumaat )

Pada hari ini merupakan kelas kedua aku bagi subjek ( EPPM 3713 ) Kreatif dan Inovasi pada semester 2 tahun kedua, aku melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi..

Bagi mencungkil bakat kami dalam bidang keusahawanan , Dr Noor Hasni telah menugaskan kepada kami untuk menjual produk selama 2 minggu secara individu dan diberikan sebanyak RM10.

Secara jujurnya aku agak gelabah or gementar mendapat tugasan itu kerana tidak mempunyai produk sendiri. Akan tetapi aku mencabar diriku untuk memikir sesuatu dan memutuskan untuk menjual keropok keping beserta sos cili. 

Mesti korang pelik kn....kenapa aku memilih produk ini...

Sebenarnya, reason aku memilih produk ini kerana aku yakin pelajar2 di UKM ini mudah lapar apabila waktu malam dan mereka malas untuk turun ke cafeteria semata-mata untuk mencari makanan..

Oleh itu aku mencari peluang ini untuk berniaga keropok keping untuk membantu mereka mengenyangkan perut mereka disamping mendapat keuntungan..... :)

Tidak lupa juga, sewaktu didalam kelas tadi aku telah menandatangani perjanjian bahawa aku akan berjaya memperolehi keuntungan 2 kali ganda daripada modal...
ok  itu sahaja  diari untuk hari ini...bye2

Keropok keping..oohh Keropok keping....OMG....

WISH ME LUCK  GUYS   !!!  








9hb Mac 2015 ( Isnin )


Okay....today I got money....yuhooo...
Let's go shopping..!!!
Okay.okay just kidding... :)

Baiklah..sebenarnya hari ini aku telah mendapat modal daripada Dr. Noor Hasni untuk meneruskan perjuangan bagi menyiapkan tugasan beliau.

Oleh itu tanpa melengahkan masa aku dan beberapa rakan yang lain telah  pergi mencari barang2 yang diperlukan di Econsave. Aku memilih Econsave kerana harga barangannya yang berpatutan dan mencukupi modal yang agak terhad..


Di sana aku telah membeli keropok keping mentah, sos cili kimbal, plastik dan minyak bagi mengoreng keropok.


Berikut adalah barang2 yang dapatkan di Econsave Kajang.


           

                                   Keropok Keping                                       Plastik


                           

                                        Minyak Masak                                   Sos Cili




11hb Mac 2015 ( Rabu )



Hari ini hari Rabu dan aku sedar bahawa masa untuk menyelesaikan tugasan semakin berkurangan. Oleh itu , aku telah membuat keputusan untuk "packing" keropok keping pada hari ini supaya dapat dijualkan secepat mungkin.

Usai kuliah pagi dan "lunch", aku mengambil peluang untuk menghasilkan produk dan menyiapkan "pakaging" secepat mungkin dibilikku.

Perkara pertama yang aku lakukan ialah menyediakan peralatan dan bahan2 seperti keropok keping, minyak ,plastik, sos cili, periuk dan sebagainya.

Antara aktiviti dilakukan seperti menggoreng keropok apabila minyak panas , membungkus sos cili,dan sealling bungkusan keropok pada proses akhir.

Bagi menjamin produk ini berkualiti tinggi aku terpaksa membuat pakaging secepat mungkin bagi mengelakkan keropok keping  ini lemau dan tidak ranggup.

Oleh itu aku melakukan semua aktiviti dengan cepat kerana melakukan seorang diri dan ini merupakan 1 cabaran kepadaku bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

Akan tetapi berbekalkan semangat untuk berniaga aku tabahkan hati untuk menyiapkan tugasan ini di samping mencari pengalaman dan keuntungan.

   

                                     

                                                            Menggoreng keropok


                                                                                                                                                        



Pakaging sos cili  



     


12hb Mac - 16hb Mac 2015 ( Khamis - Isnin )



Sepanjang tempoh ini saya telah bertukus lumus menjual produk saya kepada masyarakat UKM Bangi.

Antara aktiviti yang saya lakukan ialah menjual keropok keping Kapreza Uptown di Kolej Pendeta Za’ba.

Walaupun pada permulaannya jualan tidak begitu memberansangkan, tetapi pada hari yang seterusnya saya berjaya menjual beberapa produk tersebut disamping berjaya memulangkan modal kembali.

Antara kekangan semasa berniaga di Kapreaza Uptown adalah apabila terdapat banyak pilihan makanan seperti nachos, spageti, donut, buah-buahan dan sebagainya.

Bagi mencapai target yang lebih tinggi, saya kembali kepada objektif utama iaitu menjual dari bilik – ke bilik di kolej  yang berbeza pada waktu malam.

Alhamdulillah, hasilagak memberansangkan kerana majoritinya bilik pelajar yang saya kunjungi mendapat hasil jualan. Saya telah berjaya menjual sebanyak 33 bungkus keropok sepanjang tempoh tersebut dengan hasil pendapatan RM66.

Saya berasa sangat gembira kerana berjaya mengharungi  rintangan menjual keropok keping ini dan mendapat banyak pengalaman dari segi cara  menarik hati pelanggan untuk membeli produk, cara menangani pelbagai karenah pelangan dan sebagainya.

Justeru itu , saya akan simpan dan gunakan pengalaman tersebut dalam sebagai diari hidup saya dalam mengharungi dunia keusahawanan saya..

Akhir diari saya…..saya berharap dapat menjadi usahawan yang berjaya kelak walaupun saya bermula daripada bawah, dan saya akan mengumpul sebanyak-banyak pengalaman dalam memasuki dunia perniagaan..

Good Luck to myself ..Aminnnn….



Di kapreza uptown Kolej Pendeta Za, 



                           

                                                               Dari bilik ke bilik















Friday, December 20, 2013

Simptom2 Gangguan Jin


Assalamualaikum shbt2 sekalian..

disini sy ingin berkongsi sedikit tentang simtom2 gangguan jin..

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Kerap terdapat kesan-kesan lebam di PEHA, BETIS dan di LENGAN.

Wallahualam

p/s: as a Muslim, we should care about this.. so, sy nasihatkn utk diri sy juga dan kwn2, jagalah diri kita dan jgn tinggal kewajipan.. :')





Monday, December 16, 2013

Pembentangan Microsoft Powerpoint & Access

Pembentangan ini tlah diadakan pada tarikh keramat iaitu pd 11/12/13 pd 8 pg hingga 5 ptang..
Mmg penat gler rrr kn.....tapi x perr,tabahkn hati ..dugaan..

Pada hari tersebut kumpulan kami telah mmbentang segaalaaa apeww yg tergelodak dlam dada kami....
Tajuk kumpulan kamii iaitu web 2.0..... benda yg kut..so,,actually amat berguna utk kami.

Sy merasakn kami amat bertuah mndapt tajuk ini kerana secara tidak langsung mmberi peluang kepada kami mempelajari bnda bru dgn lebih mndalam brbnding org laenn..huhu...

Ini adalah salah satu apew yg kami bentangkan pd hari tersebut...




Homestay Pelengong ( Family angkat )



Beberapa hari yg lepas ak dan beberapa org kwnku tlah mgikuti program Homestay siri 1 ( anak angkat ) di negori 9...d Homestay Pelenggong..Program itu slama 2 hari 1 malam...D sana, kami d bhagikn 4 org utk setiap family angkat...Tidak ku sangka pengerusi majlis ketika pg trsbut adalah ayah angkat kami..Mak dan ayah amat sporting dan peramah orgnyaa...Apa yg pling mnguntungkn ketika kunjungan kami ialah iaitu musim buah rambutan...Ketika kami sampai ,,mata kami brpinar2 kerana melihat rumah tersebut dikelilingi oleh beberapa buah pokok yg penuh dgn buah brwarna merah n kuning...d sna juga kami dpt mngenali antara buah rambutan gading, rambutan gula batu dan rambutan budak sekolah....Tidak dapt kulupakan jga pengalaman bermain caklempong dan belajar tarian piring.....( so exciting + stress)..

Hopefully sgt, jika ade rezeki lg , ak ingin mngikuti progrsm ini siri ke 2 di kelantan  pd msa akan dtang..

ok itu jew..tadaaaaaaa










Hasil Tangan ku